Membantah Perobohan Candi Lembah Bujang
1224
signers. Add your name now!
1224
signers. Almost there! Add your voice!
95%
Maxine K. signed
just now
Adam B. signed
just now
Kami membaca laporan berita (terjemahan bahasa Melayu) “Tapak candi kurun ke-8 di Lembah Bujang dimusnahkan” di laman Free Malaysia Today (FMT) dengan penuh kebimbangan. Sebuah negara yang mempunyai sejarah ketamadunan yang begitu lama, tidak sepatutnya membiarkan perkara sebobrok ini berlaku, yakni meluluskan projek perumahan di atas tapak warisan sejarah bangsa.
Candi Sungai Batu (atau Tapak 11) yang sedang dalam proses perobohan saat ini merupakan antara monumen kota tertua yang wujud di Asia Tenggara, jauh lebih tua daripada Candi Borobudur di Jawa dan Wat Angkor di Kemboja.
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh sarjana arkeogeologi Malaysia, Prof. Dr. Mokhtar Saidin, kaedah pentarikhan radiokarbon telah membuktikan tapak Sungai Batu di Kedah sudah digunakan oleh manusia sejak kurun 1 Masihi lagi, bahkan menjadi pusat industri peleburan besi pada zaman purba. Lama berabad-abad sebelum Kesultanan Melayu Melaka wujud dan menguasai perdagangan Selat Melaka, tamadun Kedah Tua muncul terlebih dahulu dan mencapai kemajuan.
Kami menyeru masyarakat Malaysia, terutamanya golongan anak muda, untuk menjalankan usaha semampu kalian agar bantahan terhadap projek perumahan ini didengar di serata pelosok negara. Badan-badan mahasiswa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan semua gerakan anak muda perlu bertindak menyuarakan bantahan kepada pihak berwajib, terutamanya Jabatan Warisan Negara, Jabatan Muzium Negara, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, dan kerajaan negeri Kedah sendiri.
Pengalaman era kolonialisme sudah cukup menghakis jati diri masyarakat di negara ini sejak sekian lama, sehingga menyebabkan penghargaan terhadap sejarah tamadun sendiri berada pada tahap yang sangat rendah. Pemeliharaan dan penghayatan sejarah lampau adalah perlu untuk mengenal diri sendiri, demi perancangan masa depan yang bermaruah.
Buktikanlah bahawa kita anak bangsa yang berjiwa merdeka, yang cinta akan warisan nenda zaman-berzaman.
Comment