PETISYEN RAKYAT KUANTAN BANTAH SALAH-KENDALI BAUKSIT
Warga Kuantan kini sedang berhadapan dengan satu cabaran yg besar akibat dari aktiviti perlombongan bauksit di sekitar Kuantan. Ianya menggugat kebersihan persekitaran, udara yg di hidu, sumber air minuman serta keselamatan awam Warga Kuantan secara keseluruhan.
Warga Kuantan tidak menolak peluang pembangunan akan tetapi ianya haruslah diseimbangkan dengan kemaslahatan rakyat teramai. Kesihatan dan keselamatan warga Kuantan adalah kepentingan utama yang mesti di beri perhatian.
Garis Panduan pangendalian aktiviti perlombongan bauksit dan aktiviti pengangkutan tanah mengandungi bauksit yg jelas perlu diwujudkan serta di patuhi.
Dengan itu Warga Kuantan Prihatin disertai Warga Malaysia yang Prihatin yang menandatangan di bawah menggesa kesemua pihak berkuasa yang terlibat untuk menghentikan segala aktiviti melibatkan perlombongan, pengangkutan dan pengeksportan bauksit sehingga satu jalan penyelesaian yg boleh dipersetujui dan boleh di patuhi, dapat di capai diantara pelbagai pemegang taruh (stakeholders).
PETISYEN RAKYAT BANTAH SALAH-KENDALI BAUKSIT
Turunkan tanda tangan anda di petisyen rakyat tanda bantahan kepada salah- kendali bauksit di kuantan. Warga yang prihatin perlu BERSATU untuk menyekat salah-kendali bauksit ini dari terus berleluasa.Muat turun (download) petisyen ini di:
1. (Berwarna) https://drive.google.com/…/0BxsHO2k--uIga0R0RVUxdjEtd…/view…
2.(Hitam & Putih) https://drive.google.com/…/0BxsHO2k--uIgRlpUTDdtbW5Ce…/view…
Penuhkan tandatangan di petisyen & kembalikan kepada sekretariat seperti yang dinyatakan di dalam petisyen seberapa segera. Petisyen ini merupakan "senjata tekanan & suara warga yang teraniaya dengan salah-kendali bauksit" kepada pihak atasan terhadap salah-kendali bauksit di Kuantan.
SELAMATKAN KUANTAN Dari Bencana Salahkendali Bauksit
Comment