Kami mengutuk laman sosial atau laman web menghina dan berniat jahat terhadap Sarawak, Malaysia
To: Kerajaan Malaysia, Kerajaan Negeri Sarawak, Kementerian Dalam Negeri Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Kami Rakyat Malaysia, amnya dan Rakyat Sarawak, khususnya mengutuk segala bentuk serangan dan ugutan berniat jahat dalam apa jua cara dan bahasa yang boleh mendatangkan ketidakselesaan, gangguan keselamatan dan ketenteraman awam di semua media dan jaringan sosial.
Kami mengutuk pembukaan laman web dan laman sosial yang berunsur khianat dan menghasut rakyat dengan tujuan menghina dan memalukan mana-mana pihak tanpa mengira latar belakang dalam mana-mana bahasa.
Kami mahu siasatan terhadap laman sosial seperti mana pada 18 September 2011 sebelum dan selepasnya:
1.'MUKA BURUK SARAWAKIAN'
di alamat https://www.facebook.com/pages/MUKA-BURUK-SARAWAKIAN/227718827277151
2.'KERAJAAN HARUS USIR PENDATANG SARAWAK DARI SEMENANJUNG'
di alamat http://www.facebook.com/pages/KERAJAAN-HARUS-USIR-PENDATANG-SARAWAK-DARI-SEMENANJUNG/289572681058453
3.'BUNUH ORANG SARAWAK'
di alamat http://www.facebook.com/pages/BUNUH-ORANG-SARAWAK/163120287104920
4. 'SEMENANJUNG ANTI SARAWAK CELAKA' di alamat http://www.facebook.com/pages/SEMENANJUNG-ANTI-SARAWAK-CELAKA/281773431832764
Kami Rakyat Malaysia dan Rakyat Sarawak mengutuk sekeras-kerasnya laman-laman web ini dan mana-mana laman web sosial seperti ini kerana ia boleh merosakkan dan menghancurkan keamanan negeri, negara dan serantaunya.
Kami Mahu Pihak Keselamatan Negara Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk bertindak mengesan pentadbir atau penaja atau penyokong laman seumpama ini dan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya terhadap mana-mana pihak yang berniat jahat untuk mengganggu gugat keamanan negara dan serantau.
Kami Rakyat Sarawak khususnya membenci segala bentuk pembulian dan penghinaan dalam apa-apa bahasa terhadap kami, negeri kami, cara hidup kami, agama kami atau kepercayaan kami.
We, Malaysians and Sarawakians abhor and detest such seditious and malicious act as portrayed especially in the Facebook FanPages mentioned above or web pages and others that have same intentions.
Demi Sarawak.
Comment