#Kekalkan Anak2 DaVincci DiMaktab
1. Kami ibubapa kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 MRSM KKB terkilan dengan kejadian kes buli di maktab yang ditularkan baru2 ini . Tidak dinafikan bahawa kami menolak kekerasan secara fizikal atau mental melibatkan anak-anak pelajar di maktab.
2. Walaubagaimanapun, kes ini perlu dirujuk, diteliti serta di siasat sedalam2 nya secara adil atas punca segala kejadian samada ianya benar benar kes buli atau kes persengketaan antara batch atau disebaliknya..Siasatan terperinci perlu dilakukan untuk mengenal pasti punca kejadian. "Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa seseorang itu adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya oleh Mahkamah. Oleh yang demikian, sebarang tindakan oleh pihak pengurusan MRSM KKB harus bersifat profesional dan tidak menjurus kepada sebarang tindakan yang boleh memprejudiskan hak-hak pelajar-pelajar F5 2022 Da Vinci. Sebarang tindakan yang ingin diambil oleh pihak pengurusan MRSM KKB juga perlu mengikut prinsip 'rule of law' dan 'rule of natural juatice'.
3. Kami dari pihak Ibu Bapa Batch F5 2022 Da Vinci memohon jasa baik pihak pengurusan MRSM KKB terutamanya Puan Pengetua untuk menimbang tara keputusan yang adil kepada pelajar-pelajar berkenaan kerana ianya masih diperingkat siasatan polis dan belum disabitkan atau dituduh atau dijatuhkan apa2 hukuman.
4. Merujuk kepada kes yang berlaku, pelbagai cerita samada yang benar atau lebih banyak yang ditokok tambah di tularkan di media social kepada pelajar pelajar ini yang belum lagi didapati bersalah tetapi dihukum oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menularkan serta menambah2 cerita.. Ini juga boleh di katakan Cyberbully oleh pihak-pihak lain kepada pelajar-pelajar yang terlibat ini. Pelajar-pelajar ini juga mempunyai hak untuk membela diri dan di harapkan peluang membela diri juga ditimbangkan secara adil seperti yang menuduh..
5. Pelajar-pelajar batch F5 akan menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi dan ini juga perlu di ambil kira budi bicara pihak Maktab agar kes ini tidak mengganggu prestasi pelajar batch F5 atas kes yang ditularkan ini.. Berdasarkan kepada rekod pelajar, mereka yang terlibat semuanya tidak pernah terlibat apa-apa kes di maktab dan tidak pernah di bawa ke Pengadilan Maktab.
7.Pihak MRSM KKB serta pihak Muafakat perlu meneliti perkara ini sedalam- dalam nya sebelum apa apa tindakan di ambil.
8. Oleh yang demikian, kami ibubapa pelajar-pelajar Batch F5 Da Vinci amat berbesar hati sekiranya pihak Pengurusan MRSM KKB dapat mengambil perhatian serta mempertimbangkan permohonan kami agar perkara ini dapat diselesaikan seadil adilnya dengan mengambil kira semua aspek dan kami mengharapkan agar pelajar pelajar ini di dapat terus di kekalkan meneruskan pembelajaran di maktab sehingga selesai peperiksaan SPM atau sekurang2 nya sehingga siasatan polis selesai.
Comment